SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
(LEARNING MANAGEMENT SYSTEM)
Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)
Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System (LMS) merupakan sistem dalam talian atau perisian yang digunakan bagi melaksanakan, merancang dan menilai proses pembelajaran yang tertentu. Sistem Pengurusan Pembelajaran juga merupakan suatu aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta e-learning program. LMS juga berperanan sebagai salah satu aplikasi pendidikan untuk membuat pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi ini merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kurikulum dari tahap pra-sekolah sehingga tahap universiti. Tujuan LMS adalah untuk mempertingkatkan dan mengembangkan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai sumber pembelajaran melalui ruang internet. LMS terbahagi kepada dua kategori iaitu proprietary dan open source. Contoh LMS proprietary adalah Blackboard manakala contoh LMS open source adalah Moodle. Kedua-dua kategori LMS ini digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma serta boleh diubahsuai sendiri.
Maksud setiap perkataan LMS adalah:
- Learning - Digunakan bagi menyampaikan sesuatu perkara dalam bidang pembelajaran.
- Management - Pengurusan dalam bidang pembelajaran
- System - LMS ialah sebuah system secara talian.
Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran
- Mengesan Kemajuan Pelajar melalui ciri-ciri penilaian.
- Meletakkan bahan kursus di atas Talian.
- Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran.
- Sebagai papan dikusi.
- Sebagai alat komunikasi.
Antara individu yang boleh menggunakan LMS
- Pelajar
- Guru atau Pensyarah
- Kerani di pejabat
- Staf-staf pendidik
- Ahli perniagaan
Dua kategori LMS
Proprietary (Blackboard)
- Suatu enjin peperiksaan.
- Format pengantaran berganda.
- Digunakan Sebagai pelaporan pentadbiran.
- Berfungsi sebagai katalog kursus.
- Boleh import dan export data. Rajah di bawah menunjukkan gambar Blackboard:
Open source (Moodle)
- Merupakan satu Sistem Pengurusan Pembelajaran yang 'Powerfull' di mana ia boleh digunakan bagi membina serta menerbitkan sebuah kursus atau kelas.
- Percuma untuk digunakan.
- OUM menggunakan Moodle sebagai platform bagi pembelajaran.
Rajah di bawah menunjukkan gambar Moodle:
Kelebihan pengunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS).
- Membolehkan pelajar meneroka maklumat baru dengan menggunakan perpustakaan secara talian.
- Menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat dalam masa yang singkat.
- Proses pembelajaran dan pengajaran boleh dilakukan tanpa mengira masa dan juga tempat.
- LMS menyediakan peluang kepada pelajar untuk berbincang dengan pakar sesuatu bidang secara talian.
- Membolehkan pelajar berkomunikasi dengan guru atau pensyarah serta rakan-rakan secara maya bagi mendapatkan pelbagai maklumat.
- Menyediakan peluang kepada pelajar bagi meningkatkan kemahiran ICT.
APA ITU SISTEM PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN (LMS)?
RUMUSAN
Sistem Pengurusan dan Pembelajaran (LMS) dapat memudahkan seseorang untuk mencari serta berkongsi maklumat dengan menggunakan sumber internet. Dengan adanya sistem ini, seseorang itu dapat menjimatkan masa dan juga tidak perlu mencari satu tempat yang spesifik bagi mencari atau berkongsi maklumat malah mereka boleh melakukanya bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa Sistem Pengurusan dan Pembelajaran (LMS) memberi banyak faedah kepada semua orang yang menggunakannya.
AHMAD RUSYDI HAKIMI BIN MOHAMAD RIZAL
SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN
PENDAHULUAN
Pentaksiran mempunyai komponen-komponen kecil yang terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian. Pengukuran bermaksud suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar. Menurut Cronbach, pengujian pula bermaksud suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan, tingkah laku, kemahiran dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor. Penilaian pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Maksud penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penilaian formatif adalah untuk memperbaiki kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan. Seterusnya, penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pentaksiran di IPG terdiri daripada banyak komponen seperti peperiksaan, kerja kursus, penilaian praktikum, penilaian Bina Insan Guru (BIG) dan penilaian gerak kerja kokurikulum.
Selain itu, setiap subjek mempunyai kerja kursus yang boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu bergantung kepada objektif penilaian sesuatu kerja kursus tersebut. Oleh itu, kerjasama dan berintegriti dituntut kepada setiap pelajar semasa melakukan kerja kursus agar kerja kursus yang dilaksanakan tersebut sempurna. Hasil kerja kursus seperti idea, pandangan dan isi-isi penting mestilah dari diri sendiri dan bukan dari orang lain. Contohnya, mencari maklumat dan idea dari diri sendiri dan menyiapkan kerja kursus dengan ayat, gaya bahasa dan idea sendiri dan bukannya dari individu lain.
1.0 Pentaksiran
Diperlukan untuk mentafsir data berbentuk numerik yang diperoleh semasa membuat pengujian terhadap seseorang individu. Memberi maksud kepada dua numerik yang diperoleh pelajar sebGi contoh :
Ali = 90 % bermaksud cemerlang dalam subjek berkenaan
Abu = 40 % bermaksud lemah dalam subjek berkenaan
Terdapat dua bentuk penilaian di IPG iaitu Purata Mata Gred (PMG) dan Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT). PMG adalah nilai pencapaian seseorang pelajar pada satu semester. PMGT adalah purata nilai gred yang diperoleh pelajar dalam semua peperiksaan yang telah diambil.
1.1 JENIS – JENIS PENTAKSIRAN
Pentaksiran di IPG boleh terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu:
i. Peperiksaan
ii. Kerja Kursus
iii. Projek
iv. Ujian Amali
v. Ujian Akhir Kursus : praktikum, Bina Insan Guru (BIG), Penilaian gerak kerja kokurikulum
Ujian akhir kerja kursus boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
i. Praktikum
Penilaian pratikum di sekolah dilakukan setelah bimbingan berbentuk pencerapan klinikal dijalankan beberapa kali untuk memperbaiki kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran serta memperkembangkan potensi dan kemahiran pelajar. Penilaian pratikum dilakukan berasaskan beberapa faktor iaitu (menggunakan Borang PR2) :
-Interpersonal dan intrapersonal (10%)
-Pengetahuan tentang mata pelajaran (10%)
-Pengajaran dan pembelajaran (30%)
-Komunikasi (10%)
-Pengurursan bilik darjah (10%)
-Penilaian (10%)
-Kokurikulum (10%)
-Peranan-peranan lain (10%)
ii. Bina Insan Guru (BIG)
Penilaian ini dilakukan oleh pensyarah, penyelia atau pentadbir sekolah tempat aktiviti Bina Insan Guru dijalankan. Penilaian ini terdiri daripada beberapa perkara berikut:
-Laporan program/ aktiviti (30%) – laporam reflektif dan penilaian kendiri (pensyarah penyelia)
-Portfolio (30%) – kadungan, kreativiti dan kekemasan (pensyarah penyelia)
-Rakaman audio/ video (30%) – audio dan video (pensyarah penyelia)
-Sahsiah (10%) – sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan (pentadbir/ sekolah)
iii. Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum
-Terdiri daripada unit beruniform, sukan dan permainan, kelab dan persatuan.
-Setiap pelajar di IPG wajib mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum.
1.2 PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN
Terdapat beberapa bentuk pentaksiran di IPG iaitu:
i. Peperiksaan
ii. Tugasa Kerja Kursus
iii. Praktikum - dijalankan ketika pelajar di sem 5, 6, 7
iv. Bina Insan Guru – dijalankan pada setiap semester
v. Aktiviti Kokurikulum
- Unit beruniform dan olahraga pada semester 3 dan 4
- Persatuan, kelab dan sukan permainan pada 1 dan 2
- Intership dijalankan pada semester 8
Pelajar perlu menyiapkan diri dengan mengumpul dan menghasilkan nota yang baik supaya dapat digunakan untuk mengulangkaji, memahami dan menghafal nota dan pelajar juga perlu menyediakan jadual belajar agar perancangan untuk melakukan ulangkaji berjalan dengan baik. Pelajar di IPG juga perlu menyediakan diri dengan jati diri yang kukuh untuk menjalani praktikum, Bina Insan Guru (BIG), dan aktiviti kokurikulum.
TUGASAN INDIVIDU DAN BERKUMPULAN
Tugasan individu dan tugasan berkumpulan hanya bergantung pada objektif kerja kursus sama ada kerja kursus sesuatu subjek tersebut perlu dibuat secara berkumpulan atau secara individu. Bagi sesuatu kerja kursus, penilaian akan dilakukan kepada tiga pecahan seperti penulisan esei, persembahan dan penulisan kreatif. Selain itu, idea yang disampaikan secara individu mahupun berkumpulan mestilah idea yang asli dan bukannya diciplak. Contohnya seperti penulisan esei dengan idea sendiri dan membuat laporan hasil dapatan kajian yang dijalankan setelah membuat penyelidikan.
RUMUSAN
Pentaksiran amat penting bagi mengetahui keberkesanan sesuatu aktiviti kepada sesetiap individu. Pentaksiran sering dikaitkan dengan peperiksaan yang bertujuan untuk menguji daya ingatan, daya pemikiran, pemikiran di luar kotak dan untuk melihat kefahaman seseorang individu tersebut.
MUHAMMAD ZUNNUR ABRAR BIN ZULKARNAIN
KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS
1.0 PENDAHULUAN
Kemahiran memproses maklumat merupakan salah satu keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir pelbagai bahan yang dibaca dan didengari oleh mereka. Hal ini amat penting bagi pelajar untuk membuat sesuatu tugasan dan sewaktu menjawab soalan peperiksaan atau untuk keputusan peribadi, professional atau akademik. Pelajar perlulah menguasai kemahiran memproses maklumat ini agar dapat membantu mereka dalam pembelajaran sepanjang hayat.
2.0 MENGANALISIS MAKLUMAT
Penganalisisan data dan maklumat merupakan salah satu proses yang menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil. Dalam menganalisis sesuatu data, pelajar dikehendaki untuk memastikan bahawa pelajar mempunyai lebih daripada tiga data untuk dianalisis.
Terdapat beberapa tujuan untuk menganalisis data dan antaranya adalah seperti berikut:
a) Menghubungkan data
b) Menganalisis data
c) Membandingkan data
d) Membaca yang tersirat
e) Membuat kesimpulan
3.0 MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN
Mentafsir dan membuat kesimpulan merupakan salah satu kebolehan untum membuat atau memberikan penjelasan dan penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan. Hal ini membolehkan pelajar untuk membuat pentafsiran terhadap maklumat berdasarkan pelbagai data yang telah dikumpulkan melalui pencarian terhadap beberapa maklumat dan data sebelumnya. Terdapat pelbagai tujuan mentafsirkan maklumat dan antaranya adalah seperti berikut:
a) Mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperolehi
b) Menyatakan hubungan di antara maklumat
c) Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
4.0 MENILAI MAKLUMAT
Beberapa maklumat yang diperolehi kadangkala tidak boleh digunakan dengan serta merta. Hal ini kerana maklumat yang diperolehi perlulah melalui dan membuat penilaian kesahihannya. Terdapat beberapa cara atau teknik untuk menilai maklumat dan antaranya adalah seperti berikut:
a) Perbandingan fakta dan pendapat
Fakta merupakan sesuatu yang diketahui umum sebagai benar-benar wujud, sahih dan tidak dipertikaikan. Manakala pendapat pula merupakan pandangan seseorang atau sesebuah pihak mengenai sesuatu isu. Ia berkemungkinan terdiri daripada buah fikiran manusia atau sesebuah organisasi yang tidak semestinya benar atau salah.
b) Tahun penerbitan dan autoriti
Tahun penerbitan adaah sesuatu yang penting untuk mempertimbangkan tahun sumber diterbitkan. Hal ini adalah kerana kredebiliti teori, konsep dan model akan berubah. Oleh itu, sesuatu yang berpengaruh beberapa tahun dahulu kini mungkin ketinggalan zaman. Pelajar semestinya memerlukan maklumat terbaru untuk mengetahui sama ada terdapat perkembangan terbaru dalam dapatan terkini.
Manakala autoriti pula adalah sesuatu yang pentinga untuk mengetahui asal-usul sesuatu maklumat yang diperolehi dan untuk menilai sama ada maklumat tersebut boleh dipercayai ataupun sebaliknya. Organisasi yang membayar supaya sesuatu sumber ditulis mungkin mempunyai agenda di sebalik maklumat yang dikemukan. Hal ini membolehkan sesuatu maklumat boleh dipengaruhai dari segi kualiti dan ketepatan sesuatu maklumat.
Sebelum membaca sesuatu sumber, perkara yang paling pentinga adalah pembaca perlu mengetahui latar belakang pengarang itu. Hal ini adalah kerana kandungan sesuatu artikel lazimnya berdasarkan kepada pengalaman atau persepsi individu itu sendiri dan bukannya berdasarkan kepada penemuan ujian. Oleh hal yang demikian, ia adalah penting untuk mengetahui latar belakang pengarang untuk memastikan sama ada mereka mengetahui bidang subjek mereka. Jika pengarang tersebut bukan seseorang yang arif tentang apa yang ditulisnya dan bukan dalam bidangnya, maka pembaca mungkin akan mempersoalkan ketepatan dan kualiti perkara yang dibincangkan.
Bagi menentukan kesahihan maklumat berkenaan, pelajar perlu menyemak perkara-perkara tersebut:
i) Siapakah pengarang yang menulis karya berkenaan?
ii) Apakah kelayakan akademik penulis?
iii) Apakah karya-karya lain yang pernah dihasilkan?
iv) Adakah pengarang tersebut seorang yang pakar dalam bidak yang ditulisnya? Jika tidak,apakah mereka layak untuk membincangkan bidang yang dilaporkan?
c) Sumber penerbitan
Sumber penerbitan akan memberikan banyak maklumat tentang kualitinya. Sekiranya artikel tersebut diterbitkan dalam jurnal, panel pakar akan menyemak semula artikel tersebut dan oleh itu, kualitinya adalah tinggi. Jika sumber tersebut tidak diterbitkan dalam jurnal yang disemak semula, maka penerbitan tersebut tidak dianggap tinggi.
Manakala sintesis adalah kemahiran akademik yang penting dan bentuk penulisa analitik yang mana melibatkan pengumpulan idea dalam sesuatu tugasan. Kebiasaanya sintesis tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepad satu pengarang tetapi lebih kompleks dan melibatkan rumusan dari pelbagai literatur untuk mengenali keduanya sama ada sama ataupun bercanggah dengan tujuan untuk mewujudkan hubungan dan ketegangan untuk menyokong hujah.
Mensintesis alah peringkat yang menggabungkan beberapa unsur yang berlainan untuk menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh. Hal ini dapat dicapai dengan menggabungkan idea seterusnya menggubal semula gambaran idea tersebut. Sintesis menjadikan maklumat lebih bermakna. Maklumat yang disintesis dengan baik akan menjadikan sesuatu bahan bacaan yang dibentangkan lebih mudah difahami oleh pembaca.
Langkah-langkah untuk mensintesis:
a) Baca bahan sumber
b) Buat catatan dari setiap sumber menggunakan idea sendiri
c) Gunakan sekeping kertas kosong dan buat grid menggunakan satu kotak untuk setiap sumber mengikut pengarang dan maklumat
d) Lengkapkan grid dengan membuat bullet idea-idea utama dari setiap sumber
e) Tunjukkan sintesis secara bertulis dan berikan pendapat dan rumusan sendiri
f) Cari tema yang biasa dan kenalpasti hujah-hujah daripada setiap pengarang
g) Berikan hujah sendiri dengan menggunakan perenggan baru untuk setiap hujah baru


